Biarkan hujan berpuisi
seteguk bait pena berirama
biar perciknya lebih menyepi
menjelma tinta rindu yang bertanya
Sederhana sajakku
di antara nama yang tercipta
aku tetap ingin
nama mu bermalam
berbincang selepas petang
maka tenggelamlah
pada cerita yang akan dikenang
biar aku ceritakan pada senja
sederhananya sajakku adalah kamu
Binjai, 12 April 2019
Comments
Post a Comment